“Hari ni seharian menangis..jatuh pengsan..” Kini HamiI Ank ketiga, Tk sangka sesuatu Trjadi Selepas terima keputusan ini


“Hari ni seharian menangis..jatuh pengsan..” Kini HamiI Ank ketiga, Tk sangka sesuatu Trjadi Selepas terima keputusan ini


Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki usia 10 minggu. Memetik mStar, Shuhada berkata dirinya perlu kuat dan tabah meskipun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan daripada isu rumah tangga yang dihadapinya kini. Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan mengenai masalah tekanan depresi yang dihadapinya kini bagi terus kuat untuk menjaga dua anaknya, Humairah dan Umar.

Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat. Perkara tersebut turut diuar-uarkan Shuhada menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada turut memberitahu bahawa dia telah jatuh pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital akibat badan terlalu lemah.

 

Tadi saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir. Terdahulu, kemelut rumah tangga antara pasangan ini masih belum berakhir apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap isterinya itu ditangguhkan selepas sambutan aidilfitri.

Mahkamah Rendah Syariah, menetapkan tarikh sebutan semula kes cerai pelakon Muhammad Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri pada 9 Mei depan.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz bagi menjawab tuntutan baharu mendakwa terdapat isu lafaz cerai lebih awal.

Akberdin berkata, Nurul Shuhada yang dinamakan sebagai defendan membuat tuntutan baharu mendakwa Hafidz melafazkan cerai melalui WhatsApp pada 22 Januari lalu. Menurutnya, dalam permohonan yang difailkan kedua-dua pihak pada 27 Februari lalu menyatakan lafaz cerai dibuat hanya pada 22 Februari dan tiada lafaz cerai lain dibangkitkan dalam permohonan terdahulu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dikatakan dibuat pada 22 Februari, bermakna sebelum itu sudah ada lagi satu talak (dilafazkan) terhadap Shuhada. “Kami juga terkejut, semalam kami terima salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Oleh itu pihak kami memohon tarikh baharu bagi jawapan dan pembelaan,” katanya ketika ditemui Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam syarie Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Shuhada mengesahkan pihaknya memfailkan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai yang lebih awal itu. “Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApp. Kami tiada bantahan mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor, 2 Mac lalu. Pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 selain tertuduh perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini. Perintah itu dikeluarkan Majistret Siti Fatimah Talib yang membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Sumber : Beautifulnara

LihatTutupKomentar

HISTATS