Alhamdulillah..“Ini perkahwinan pertama Watie..” Tk mahu Majlis terlalu kecilan, Bkal berlangsung lpas raya, Terkenang Arwh Siti Sarah ini Iuahan Shulb

Alhamdulillah..“Ini perkahwinan pertama Watie..” Tk mahu Majlis terlalu kecilan, Bkal berlangsung lpas raya, Terkenang Arwh Siti Sarah ini Iuahan Shulb


Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengumumkan bakal menikahi kekasih hatinya yang juga seorang usahawan, Watie Hanifah pada Jun depan. Persiapan dah 30 peratus
Memetik laporan dari Berita Harian, Shuib memaklumkan yang urusan pernikahannya sudah berjalan 30% dan majlis mungkin berlangsung selepas raya nanti.

Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya. “Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi. ujarnya.

Akan ada persandingan juga. Ujar pemilik nama sebenar, Shahmira Muhamad itu dia menyatakan yang majlis nanti akan ada persandingan memikirkan kehadiran ahli keluarga dan juga perkahwinan pertama Watie. “Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami. “Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya. Berdoa semua dipermudah. Ditanya tentang perasaan wanita pilihannya yang berasal dari Perak itu, Shuib menyatakan bakal isterinya sangat gembira namun mengakui akan ada sedikit cabaran buat Watie. Apa-apa pun, dia sentiasa berdoa supaya Allah S.W.T memudahkan segala urusan.

Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan. “Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah.

“Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik. “Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik. “Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya,” ujarnya.

Kedudukan arwah tiada galang ganti. Jelas Shuib lagi, dengan adanya Watie, sistem sokongannya bertambah baik tetapi sedar kedudukan arwah Siti Sarah memang tiada galang ganti.

“Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah. “Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah. “Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian,” katanya.

Ujar penyampai radio Suria FM itu, dia merupakan individu yang suka berkeluarga dan tidak suka bersendirian di rumah, jadi apabila ada wanita yang ingin bersama-sama dengannya serta faham apa yang disukai, itu adalah satu penghargaan.

“Saya seorang yang berkeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga, lagi saya gembira. Bila sudah ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak dan jaga saya juga, saya kena hargai, insya-Allah,” katanya. Bercerita lanjut tentang penerimaan keluarga, Shuib menyatakan yang Watie sangat baik dan anak-anak juga selesa dengannya, bahkan ibu pelawak itu juga sangat suka dengan keperibadian wanita berkenaan.

Tambah Shuib, Watie memang tidak dapat menggantikan allahyarham Siti Sarah, namun 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah.

Untuk rekod, Shuib dan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan. Allahyarham telah meninggalkan kita semua pada Ogos 2021 disebabkan pa.ndemk.

Sumber : oh my medla

LihatTutupKomentar

HISTATS