Usia cecah 50 tahun, Syafinaz Selamat tampil berhijab raih pujian ramai🥰😍


Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mencuri tumpuan ramai selepas tampil sopan menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya petang tadi.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu dilihat mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.

Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi lagu Persis Salju itu mengenakan hijab dengan solekan ringkas sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Rata-rata memuji kecantikan Syafinaz yang kelihatan lebih ayu dan manis apabila memakai hijab selain mendoakannya supaya kekal dengan imej seperti itu satu hari nanti.

Terdahulu, Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali mencuri tumpuan apabila menjadi guru vokal kepada qari dan qariah untuk memantapkan lagi teknik taranum dan melagukan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @syafinazselamat.fans, wanita berusia 49 tahun itu sedang mengajar seorang qariah teknik pernafasan bagi menyempurnakan penyampaian tarannumnya. Sementara itu, qariah berkenaan dilihat mengikuti saranan jurulatih vokal tersebut dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik.

Persis bidadari

Moga istiqamah

Kekal awet muda!

Cantiknya.. manis tengok

Pemilik nama Yang Berbahagia Datuk Syafinaz Selamat ini berjaya meraih pujian orang ramai atas usahanya itu. Rata-rata netizen memuji usaha dan ilmu yang disampaikan kepada orang lain tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja.

Bukan itu sahaja, para peminatnya juga turut mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda kerana telah menurunkan ilmu buat qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum yang mengalunkan ayat suci al-Quran itu.

LihatTutupKomentar

HISTATS