Saya dah catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300, kata Ali Puteh

Saya dah catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300, kata Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh berdepan masalah kewangan sejak kemelut dirinya bersama balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali


Tak ada tawaran kerja

Menurut Ali, 33, ketegangan yang berlaku itu memberi kesan kepada kerjaya dirinya selepas banyak tawaran yang dibatalkan di saat akhir dan melarat hingga langsung tidak ada kerja yang diterima selama dua tahun.

Dedahnya, dia hanya mendapat satu tawaran untuk muncul dalam satu program mengaji Al-Quran yang dibayar sebanyak RM300.

Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya yang dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Pada Ramadan lalu, saya terima tawaran untuk muncul program mengaji Al-Quran di mana perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300.

Pemilik nama lengkap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akui tertekan ketika itu memandangkan dia mempunyai isteri dan anak yang perlu ditanggung serta ibu tersayang, Allahyarham Sabariah Arshad yang memerlukan wang untuk kos perubatan.

Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan serta kos perubatan arwah mak. Setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka.

Ali ditemui ketika Majlis Sidang Media Pelancaran Slot Program Baharu Awesome TV yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara, pada Rabu.

Guna sebagai modal

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata juga terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan modal bisnes.

Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu.

Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.

Sumber: 

LihatTutupKomentar

HISTATS