” Sampai hati…” Lepas habis Umrah tak terus balik Malaysia.. Tak sangka Mak Syamsul Masuk komen ini

” Sampai hati…” Lepas habis Umrah tak terus balik Malaysia.. Tak sangka Mak Syamsul Masuk komen ini


Selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di mekah, nampaknya pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana kini berada di Dubai untuk meluangkan masa bercuti bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sana untuk tatapan para pengikut dan peminatnya.

“Tenangkan dirimu dalam segala situasi, karena ketenangan adalah kekuatanmu,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang meluahkan rasa sebak dengan keadaan Puteri Sarah yang membawa diri bersama anak-anaknya ke Dubai.

Malah, selain Datin Patimah, pakar motivasi terkenal iaitu Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah sempat menitipkan kata-kata semangat buat pelakon yang berusia 37 tahun itu supaya terus kuat dalam menghadapi dugaan mengenai kemelut rumah tangganya.

“Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya.
“Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak,” ujarnya menerusi ruangan komen.

Orang tenang sentiasa menang
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Puteri Sarah dan ramai menjadikan dia sebagai idola dan inspirasi sebagai seorang wanita yang kuat.

Semoga dipermudahkan urusan
Dalam pada itu, netizen turut berharap agar segala urusan Puteri Sarah sentiasa dipermudahkan selalu dan mendoakan dia bersama dua orang anaknya sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

LihatTutupKomentar

HISTATS