Keluarga sana tk bagi masuk rumah Arwh Abam, Pguam Hidayah tuntut serahkn kunci rumah dan bayar rm60k

Keluarga sana tk bagi masuk rumah Arwh Abam, Pguam Hidayah tuntut serahkn kunci rumah dan bayar rm60k

Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun. Katanya, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya.

Ibu tunggal kepada seorang anak ini sedih apabila dirinya tak dibenarkan untuk masuk ke rumah sendiri. Hidayah sempat merakam bukti melihat kelibat kereta keluar masuk rumah menandakan ada orang di situ.

Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwah tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri.. Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah..

Hidayah memohon orang ramai menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana. Dia turut memohon pihak sana menjelaskan bayaran saman RM60,000 yang diperintahkan mahkamah dengan segera.

 

Sbelum ini, Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah, berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube usahawan kosmetik itu.

Sementara itu, rayuan Siti Nor Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti seperti yang diperintahkan mahkamah pada 18 Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak oleh Ahmad Shahrir.

Peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, ketika dihubungi pemberita, berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guam sama ada untuk mengemukakan rayuan.

Sumber : oh media

LihatTutupKomentar

HISTATS