Ibu muda meninggal dalam keadaan senyum selepas melahirkan bayi kembar tiga

Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai jika hendak diukur.

Malah, di sisi agama, ALLAH sangat memuliakan wanita yang berjuang untuk melahirkan buah hatinya.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia beberapa hari selepas dia selamat melahirkan anak kembar tiga.

Memetik laporan Tribun News, Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu dikatakan telah melahirkan ketiga-tiga bayinya itu secara normal tetapi selepas melahirkan, dia mengalami pendarahan.
Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution berkata, wanita itu meninggal dunia di rumah suaminya, Heri.

“Setelah dirujuk di hospital, Dina kemudian telah dibawa pulang ke rumah. Namun selepas 15 hari melahirkan, keadaan kesihatannya semakin merosot dan meninggal dunia.

“Saya difahamkan, Dina meninggalkan tiga bayi perempuan bernama Khila, Khira dan Khina,” katanya.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Erick Ibrahimsyah Riswanto atau lebih dikenali Heri, melahirkan rasa sedih atas kehilangan isteri tersayang dan meminta maaf bagi pihak isteri sekiranya ada membuat salah dan silap.

Heri turut memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan ketiga-tiga cahaya matanya sebagai anak angkat.

Namun hasratnya ditolak kerana anak-anak itu adalah anugerah tidak ternilai dihadiahkan oleh isterinya dan amanah dari ALLAH SWT.
Kisah meruntun jiwa itu membuatkan netizen bersimpati diatas pemergian isteri Heri dan berharap keluarga itu tabah menghadapi dugaan.

Vhyetha Kudo berkata, “Ya ALLAH, satu nyawa dibawa pulang tapi tiga nyawa sebagai gantinya, maha besar ALLAH. Kalau mahu menjaga seorang anak saya bersedia untuk menjaganya.”

“Ya ALLAH, berilah kemudahan buat abang ni melalui harinya membesarkan buah hati tercinta nya. Aamiin….!!
LihatTutupKomentar

HISTATS