“saya sudah lama tahu…” Bekas suami khwin lagi, Pelakon Vanida Imran d3dahkn sikap sbnr isteri baru.

“saya sudah lama tahu…” Bekas suami khwin lagi, Pelakon Vanida Imran d3dahkn sikap sbnr isteri baru.

Aktres Vanida Imran meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Rashidi Ishak membina mahligai bersama pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin pada 2 Februari lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pelakon yang berusia 50 tahun itu memaklumkan dia dan anak-anak menyambut baik mengenai berita perkahwinan tersebut memandangkan Hasliza mempunyai personaliti yang baik.

Bukan itu sahaja, Vanida mendedahkan isteri baharu bekas suaminya itu adalah kenalan lamanya dan dia sangat menyenangi keperibadian yang dimiliki Hasliza.

“Saya mengenali Liza dan pernah berlakon dibawah arahannya menerusi filem Kalla: Hidup Atau Mati. Dia individu yang baik dan saya sangat gembira kerana Rashidi memperisterikan dia.

Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia,” katanya.

Malah, aktres kelahiran Pulau Pinang itu turut memberitahu keputusan Rashidi mengahwini Hasliza adalah pilihan yang tepat kerana wanita tersebut bukan sahaja cantik luaran malah, seseorang yang berpendidikan serta berkerjaya.

“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.

“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Vanida pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidi pada 1 Oktober 2000 namun berakhir dengan penceraian pada 9 Ogos 2018. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

LihatTutupKomentar

HISTATS