Shuib Murah Hati Nak Bagi RM1,000 Kalau Dapat Teka Mana Satu Dia Dalam Gambar Sekolah

Shuib Murah Hati Nak Bagi RM1,000 Kalau Dapat Teka Mana Satu Dia Dalam Gambar Sekolah

Shuib beberapa hari lalu menawarkan wang tunai RM1,000 kepada individu yang berjaya meneka gambarnya.

Menerusi gambar itu, orang ramai perlu meneka yang mana satu pelawak dan penyampai radio berkenaan di antara rakan-rakan sekolah yang lain.

Lebih melucukan apabila personaliti media sosial, Ryan Bakery berseloroh memetik nama pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dan meneka dia merupakan individu yang berdiri di tengah gambar berkenaan.

Ada juga netizen lain bersetuju muka individu berkenaan ada iras wajah Nabil.

Sementara itu, hantaran di Instastory, Shuib akan mengumumkan individu bertuah yang berjaya meneka gambarnya hari ini.

“Kita tengok rezeki siapa,” tulisnya. – CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

LihatTutupKomentar

HISTATS