“Sekarang Saya tak anggap Shuib menantu saya..” – Raisuddin

“Sekarang Saya tak anggap Shuib menantu saya..” – Raisuddin


Raisuddin, 67, berkata, ketika melihat sendiri kanak-kanak tersebut, fizikalnya juga saling tidak tumpah dengan arwah anaknya ketika dia kecil.

Malah dia turut menganggap Miza sebagai cucunya sendiri meskipun baru pertama kali bertemu.

“Cucu baru atuk. Terubat kerinduan atuk… Gigi pun sama,” katanya ketika berbual dengan kanak-kanak berkenaan.

raisuddin 2

Pertemuan itu turut disertai oleh anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais.

Pertemuan yang dipercayai diadakan di Kedah itu turut ditemani oleh isterinya, Siti Fatimah dan anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah di Instagram miliknya, Uwais turut dilihat malu-malu ketika berbual dengan Miza.

Malah Miza juga kelihatan malu-malu dan hanya tersenyum saat Raisuddin berbual dan memujinya.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM Shuib turut mengulang siar video berkenaan dan meluahkan hasrat untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan suatu hari nanti.

“Comelnya, macam dia (Sarah) masa kecil. Allah Maha Hebat. Kirim salam pada adik Miza. Ada rezeki kita jumpa nanti,” ujarnya.

nanti,” ujarnya.

ujarnya.

Video Player
00:00
00:38

Dalam satu perkongsian lain, Shuib juga sempat mengadakan sesi video call bersama Miza namun kanak-kanak itu kelihatan segan ketika berbual dengannya.

shuib vc 1

Shuib sempat membuat panggilan video dengan kanak-kanak itu.

Malah isteri Shuib iaitu Waite Hanifiah turut mengakui wajah Miza sama seperti Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Selain Uwais dan Ayash, mereka juga memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Dzahira Talita Zahra serta Ariq Matin.

Saya tak anggap Shuib menantu, Saya anggap Shuib Anak saya – Raisuddin

Raisuddin

Video Player
00:00
05:08


LihatTutupKomentar

HISTATS