Khabar Duka, Ustazah Dalila Meninggal Dunia Bersama Bayi Kemalangan Kereta Terbalik Dalam Parit. Salam Takziah Buat Keluarga

BATU PAHAT – Seorang ibu dan bayinya lemas selepas kereta dinaiki lima sekeluarga itu terbabas sebelum masuk dan terbalik dalam parit di Kilometer 141.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Yong Peng dekat sini pada Selasa.


RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan itu pada jam 6.19 pagi.


   


“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki sebuah keluarga telah terbabas dan terbalik dalam parit yang dipenuhi air di tepi lebuh raya.


“Terdapat tiga mangsa berjaya keluar dengan sendiri iaitu Mohd Khusairi Mohd Khaida, 39, dan dua anaknya, Nur Ulmiyah Nuha, 9, dan Nur Nadiah Husha, 6.


           


Katanya, operasi tamat pada jam 8.53 pagi.


BELASUNGKAWA


Innalillahi wainnailaihi roji’un…


Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa Ustazah Nor Dalila Iylia binti Abu, Guru Bahasa Arab di SK Ampangan, telahpun kembali ke rahmatullah tanggal 12 Julai 2022 akibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari Kluang, Johor ke Seremban, N. Sembilan. Seorang anakandanya yang berusia lingkungan 1 tahun turut terkorban.


Orang yang baik, Allah sayang.


Benarlah kata-kata itu. Sangat baik orangnya. Manis dalam senyumannya. Lembut dalam bicaranya. Jika berselisih dialah dahulu yang menyapa. Jika dalam masalah, dialah dahulu yang bertanya. Semua orang senang dengan kehadirannya. Dia sayang orang-orang yang baik ni. Maka Dia ambil dan jaga sendiri di sisi-Nya.


Kullu nafsin zaa iqatul maut (Al-Ankabut, 57). Setiap yang hidup pasti merasai mati. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti.


Kamu pergi dahulu ya, kak Dalila Iylia. Tenanglah akak di sana. Damailah akak di sana dengan anak syurga akak bersama-sama di sana. Satu hari nanti, kami akan menyusul pula ya, kak.


Terngiang pesanan arwah yg terakhir tanggal 8 Julai 2022 di kantin SKA: Shakir jaga kesihatan baik² ya. Akak doakan Shakir sentiasa kuat dan sihat. Doakan akak jg tau… (sambil tersenyum)


Allahu… Khabar duka buat keluarga SKA. Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarhamah Ustazah Nor Dalila Iylia dan anakandanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat ahli keluarganya.

LihatTutupKomentar

HISTATS