"Allahuakbar "Alhamdulillah, Demi kebahagian Ank dgn menantu , Akhirnya Ini persetujuan keluarga Syamsol Yusof
Pesanan Mama buat Puteri Sarah. Keputusan memfailkan cerai yang diambil oleh Puteri Sarah juga turut mendapat respon daripada ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patiman Ismail.
Tak dinafikan, pasangan suami isteri ini cukup sedih dengan keretakan rumah tangga anak lelaki dan menantu kesayangan mereka itu namun menerima dan menyokong segala keputusan Puteri Sarah.
Menerusi beberapa hantaran di IG Story, Datin Patimah memuat naik kata-kata semangat untuk menantunya supaya diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi dugaan hidup dengan penuh keyakinan.
Dengar kata hati dan berhati-hati mengambil risiko. Ingat, awak sentiasa disayangi. Saya sangat bangga dengan awak.
Datin Patimah kemudian memuat naik gambar menantu kesayangannya namun kapsyen ringkas yang ditulis olehnya buat Puteri Sarah sangat menyentuh hati. Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.