Innalillahiwainnailaihirajiun, Khabar Duka Dari Pelakon Terkenal Ashraf Muslim Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)
__________________
Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19
Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19
__________________
PETALING JAYA – Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 tahap lima, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, 67, meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Berita duka tersebut diumumkan Ashraf menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan baik dan tenang.
“Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulis Ashraf.
Sebagai anak sulung daripada tujuh adik-beradik, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim, 40, mewakili keluarganya memohon kemaafan bagi pihak arwah bapanya andai terdapat kesilapan yang dilakukan ketika hayatnya.
“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.
“Kalau ada hutang-hutang atau perkara yang masih belum selesai boleh hubungi saya. Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat ‘special’ (istimewa) di alam baru bersama mereka-mereka yang beriman. Insya-Allah,” tulisnya.
Terdahulu pada 20 September lepas pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu memaklumkan bapanya terpaksa diintubasi kerana keadaannya yang kritikal.
Ketika itu, keadaan bapanya kritikal kerana jantungnya semakin lemah dan sebahagian organ dalamannya telah rosak kerana dijangkiti Covid-19 tahap lima.
Pada April tahun lalu, Ashraf turut dijangkiti Covid-19 sekembali pulang menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland.
Selepas 25 hari dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Ashraf akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang
Salam Takziah...
Berbagi :