“Kami reda ini keputusan..Tldak lama lagi nak raya..” Esok status Syamsul dan Sarah, Datuk Yusof Haslam dedah ini yg Sarah bagitahu masa tu
“Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak,” kata penerbit, Datuk Yusof Haslam.
Yusof, 63, dihubungi berkata, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail menyerahkan segalanya kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga itu dengan keputusan sudah dicapai mereka.
“Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah. Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga ada sebab dengan keputusan dibuatnya. “Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.
“Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga kehadirannya di mahkamah esok, Yusof berkata beliau tidak akan hadir. Jelasnya, cukup hanya titipan doa semoga semua baik-baik saja sama ada mereka terus bersama atau sebaliknya.
Pada Khamis lalu, Syamsul ditemui media ketika hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.
Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu yang dijadualkan dibaca di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.
Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diadakan hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Memetik laporan Kosmo, Puteri Sarah menegaskan dia enggan berdamai dengan Syamsul dan hatinya sudah tertutup. Kata aktres berumur 37 tahun ini, dia sudah penat melayan masalah rumah tangga yang sudah memakan masa selama lima tahun.
Saya memang tak mahu bersemuka dengannya dan meminta kami bertemu dengan JKP secara berasingan. Saya tak nak berjumpa dengan dia (Syamsul). Saya tegaskan kat sini saya masih dengan keputusan nak bercerai. Saya tak nak berdamai. Cukup-cukuplah saya dah penat. Saya nak minta lepaskan saya.
Saya cuma jumpa ustazah. Saya ceritakan semua apa yang berlaku dari A hingga Z. Beserta dengan bukti, mereka perlu tahu sama ada jalan pendamaian atau tak. Saya cakap tak ada. Saya dah penat dengan benda ini selama bertahun-tahun. Jadi, saya terus cakap yang saya tak nak berdamai dan tak akan boleh berdamai. Puteri Sarah berkata demikian ketika di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pada pagi Jumaat.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia akan melalui proses hakam bagi menamatkan hubungan suami isteri mereka.
Saya memang tak nak berdamai, tak nak dah dengan dia (Syamsul), nak bercerai. Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah akan dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April depan.
Saya berharap sangat saya cepat dilepaskan. Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam. Dalam proses itu, Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah pada 7 Mac lalu supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan dikemukakan untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Sarah.
Sumber : HMetro dan ohbulan