Pelakon Puteri Sarah dijangka akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini terhadap suaminya, Syamsul Yusof berikutan dengan krisis rumah tangga yang berlaku pada ketika ini.
Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.
Bukan itu sahaja, difahamkan permohonan cerai tersebut dilakukan pada hari ini namun, disebabkan Puteri Sarah mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara tersebut ditangguhkan pada Isnin ini.
Bahkan, Akberdin turut mengesahkan Puteri Sarah akan hadir ke Mahkamah Syariah bagi pemfailan permohonan cerai tersebut.
Terdahulu, Puteri Sarah telah membuat keputusan dengan meminta suaminya, Syamsul Yusof ‘melepaskan’ dirinya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa untuk keluarga.
Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memaklumkan suaminya itu telah nyahsekat dirinya di media sosial bagi membincangkan kemelut yang berlaku dalam keluarga mereka namun, dia tetap dengan pendirian untuk memfaikan penceraian terhadap suaminya itu.
Isteri pertama pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah. “Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya ringkas kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai kenyataan Syamsul dalam laporan muka depan Harian Metro hari ini, Puteri Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab sebelum ini. “Semua dah dijawab,” katanya.
Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Terbaru, Syamsul dilihat tampil memberi kenyataan balas berhubung video yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di akaun Instagramnya. Terlalu banyak benda nak cerita.
Assalamualaikum. Ya Allah Ya Tuhanku. Isteri saya Puteri Sarah dan isteri kedua saya Ira Kazar. Seperti posting saya kata tadi, harap kedua-dua isteri saya bersabar. Abang tak nak share benda ini semua dekat media sosial. Tapi isteri saya yang teruskan Ya Allah. Terlalu banyak benda nak diceritakan daripada pihak abang.
Anda semua tak boleh percaya macam itu sahaja. Ini urusan rumah tangga. Saya tak suka kongsi. Saya terpaksa buat video ni, kalau tak tahu jangan bersuara hal rumah tangga orang. Dosa kering saja. Saya cakap ni bukan nak kata Sarah atau apa. Bila benda ni nak habis. Makin teruk kata-kata fitnah masyarakat.
Menurut Syamsul, dia terpanggil melakukan video kali ini kerana ingin menjelaskan apa yang berlaku susulan kenyataan Puteri Sarah sebelum ini. Kata Syamsul, 38, dia mengajak Puteri Sarah untuk berbincang kerana selama ini mereka hanya berkomunikasi melalui ibunya, Datin Fatimah Ismail, ibu Sarah, orang gaji serta adiknya.
Berbalik kepada block dia. Orang kata macam-macam dekat saya. Kenapa saya tak bawa berbincang. Lihat balik video saya sebelum ni. Saya ajak awak berbincang. Jangan libatkan orang lain. Ni awak minta nak berpisah pula. Balik kita berbincang. Selama ni kita berkomunikasi melalui mak awak, mak saya dan orang gaji. Dua orang gaji awak nak saya bagi. Baru tadi kita komunikasi. Awak nak duit, saya bagi. Saya cari rezeki untuk awak dan anak. Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti nampak saya salahkan isteri.
Sekali lagi saya bagitahu bagi mengelakkan fitnah yang mengatakan Syamsul jahat dan syaitan. It’s okay orang kutuk saya. Sikit saya beritahu kenapa saya block Sarah. Saya tak suka bergaduh pung pang. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak. Kerana setiap kali awak akan maki hamun saya. Saya rasa ini memudaratkan dan saya block. Saya tak nak makin keruh. Tetapi saya tak pernah hiraukan awak.
Kenapa tak minta nak berbincang? Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof turut berpesan kepada Puteri Sarah agar berhenti berkongsi aib rumah tangga kepada masyarakat.
Buat netizen pula, Syamsul berharap mereka tidak bercakap buruk mengenai Sarah dan Ira di media sosial. Sebagai suami, Syamsul sanggup menerima kutukan dan hinaan daripada masyarakat. Akhir kata, Syamsul meminta netizen untuk berhenti bercakap perkara tidak elok mengenai ibu bapanya.
Sumber : oh my media