Tindakan Syamsul Yusof yang enggan ‘melepaskan’ isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika sebutan kes pada Selasa baru-baru ini, masih menjadi bualan hangat ramai terutamanya di media sosial.
Puteri Sarah sendiri meminta Syamsul untuk melepaskannya memandangkan mereka sudah tidak menjalani kehidupan berumah tangga selama setahun.
Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami.”
Ibu kepada dua anak itu sendiri tidak mengerti mengapa Syamsul berbuat sedemikian dan apa yang dimahukannya namun memberi alasan ‘masih ada sinar’ dalam hubungan mereka.
Semalam, menerusi Instagram story Sarah ada berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada seorang individu yang mendakwa kawannya mengenali Ira Kazar.
Dakwa individu itu, Ira berkata Syamsul mahu bercerai namun enggan berbuat sedemikian kerana tahu Sarah akan menuntut harta sepencarian.
Sol memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Kalau cerai nanti sis (Puteri Sarah) akan tuntut harta pencarian mesti dia akan miskin.”
Bagaimanapun, tidak pasti jika individu yang menghantar mesej itu bercakap benar atau betul-betul mengenali Ira Kazar seperti didakwanya.
Maklumlah, bila timbul cerita atau gosip hangat artis mesti akan ada yang muncul dan mengaku mengenali si polan. Apa-apa pun, Min doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah.
Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah Sebelum ini, media melaporkan pengarah Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama kes di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberi sebarang kenyataan selepas keluar dari dewan mahkamah.
Malah, Syamsul hanya memberi isyarat ‘Allah yang satu’ dan tetap mengunci mulut walaupun diasak dengan pertanyaan daripada pihak media.
Dalam pada itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Roshdan Sujak Rafie memaklumkan sebutan pertama kes perceraian tidak menemui jalan persetujuan.
Jadi pada hari ini, mahkamah dah tubuhkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan diwakili oleh wakil kedua pihak.
Menurutnya lagi, pada sesi prosiding yang akan datang iaitu pada 10 April akan ada sesi laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Info tambahan, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Sumber BN