“Dia oky saja gembira, malah dapat laksanakan tanggungjawap dengan..” Keadaan terkini selepas Anak kawin dengan syamsul

Meskipun berdepan dengan kontroversi, namun pelakon veteran, Kazar Saisi tetap profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penggiat seni di set penggambaran.

Menurut laporan mStar, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua yang menganggap sikap pelakon yang berusia 63 tahun itu adalah positif yang boleh membezakan antara soal kerjaya dan peribadi.

Shuhaimi Lua atau nama sebenarnya Shuhaimi Lua Abdullah memaklumkan konflik mengenai anak perempuan dan menantunya iaitu Ira Kazar dan Syamsul Yusof langsung tidak menjejaskan prestasi lakonannya.

Ujarnya, Kazar tetap menjadi seorang yang tenang dan gembira ketika di set penggambaran dan Shuhaimi sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan ketika di set penggambaran.

“Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna.

“Kazar ni dia orang lama jadi sangat professional, segala masalah semua dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia menegaskan Kazar hanya mahu mencari rezeki sehingga sanggup menolak tepi segala masalah yang ada dan ia memuji tindakan profesional tersebut.

Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat professional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah kali kedua dengan Ira Kazar dengan berwalikan bapa pengantin perempuan itu sendiri iaitu Kazar Saisi di Thailand.

Sumber : oh my media

LihatTutupKomentar

HISTATS