Ali Puteh Sedih Arwah Ibu & Isteri Dimaki, Bakal Buat Laporan Polis🥺

Ali Puteh Sedih Arwah Ibu & Isteri Dimaki, Bakal Buat Laporan Polis

Ali Puteh Sedih Arwah Ibu & Isteri Dimaki, Bakal Buat Laporan Polis


Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa sedih apabila menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memaki hamun arwah ibu dan isterinya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ali turut memuat naik paparan mesej daripada individu tersebut yang disifatkan biadab dan tidak bertangungjawab.

Menurut Ali, dia mahu berjumpa dengan individu tersebut dan akan membuat laporan polis berhubung mesej berkenaan.

Hmm sedih saya, sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya..boleh jumpa kan saya insan ini..saya akan ke balai polis untuk buat laporan insya-Allah pasti jumpa insan ini,” tulisnya.

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah ke rumah arwah suaminya.


Bagaimanapun, Ali Puteh mendakwa menjumpai barangan seperti taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung selepas kakak iparnya pulang.


Malah, Ali turut meluahkan rasa terkilan apabila Hidayah memuat naik video tersebut dengan mendedahkan keadaan rumah yang tidak terurus dan bersemak.


LihatTutupKomentar

HISTATS