“Saya tak boleh tidur.. Arwah Abam datang dalam mimpi saya..Abam nampak.. ” Tak sangka Ali dedah bermimpi.. jumpa Abam dalam keadaan..

Susulan kontroversi dengan kakak iparnya, Noor Hidayah yang didakwa yang didakwa berpunca dari harta peninggalan arwah Abam, Ali Puteh mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian di Instagram.

Ali akui terkejut di atas apa yang berlaku kerana pada awalnya ramai netizen menghantar mesej memuji sikap arwah abannya yang kemudian berubah membenci dirinya.

“Saya dah keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

“Setelah saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, saya terima lebih 90,000 mesej peribadi yang minta maaf tapi sayang akaun itu sudah digodam,” katanya kepada mStar Online.

Ali memberitahu sepanjang berdepan kontroversi tersbeut dia sukar untuk tidur malam. Malah, dia kini lebih berhati-hati setiap kali mengeluarkan sebarang kenyataan agar tiada lagi isu timbul. Ali turut mendedahkan dia ada bermimpi bertemu arwah abangnya yang ceria dan tersenyum.

“Hanya dalam beberapa hari lalu tidur saya tidak terganggu apabila isu keluarga sedikit reda dan netizen lebih memberi tumpuan kepada hal politik negara.

“Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah, dia nampak bahagia,” katanya.

LihatTutupKomentar

HISTATS