‘Masa Tu Arwh Masih Hidup..’ Akhirnya Kakak Achik Spin Tahu Siapa Sebenarnya Keluarkan Arwh Dari Kereta
Menerusi halaman tktok, tular satu video di mana kakak kepada arwah Achik Spin iaitu Nurul Azwa meluahkan rasa ingin tahu siapakah keluarkan arwah dari kereta sewaktu kemalangan. Dalam video tersebut, Azwa memberitahu Achik telah meninggal dunia di tempat kejadian namun sempat dikeluarkan oleh orang awam dari kereta sebelum ia meletup.
“Ya, arwah sempat dikeluarkan dari kereta semasa ia meletup. Mayat yang kami terima dalam keadaan sempurna, tiada cacat cela. Tiada nampak kesan terbakar malah tiada kesan luka-luka parah. Alhamdulilah”- kata Azwa untuk menjawab pertanyaan peminat.
Walaubagaimanapun, Azwa telah meluahkan rasa ingin tahu, siapakah insan-insan yang membantu mengeluarkan arwah sebelum kereta hangus terbakar.
“Cuma, saya nak tahu, siapa sebenarnya yang selamatkan dia daripada terbakar. Maknanya ada orang yang selamatkan dia sebelum kereta itu terbakar”- tambahnya lagi.
“Suami saya orang yang keluarkan arwh dari kereta”- pengguna TkTok
Tidak mengambil masa yang lama, seorang pengguna TkTok ini mengaku bahawa suaminya membantu arwah.
“Suami saya orang yang keluarkan arwah dari kereta. Masa tu, arwah masih hdup cuma dia tak sedar. Suami cakap bangun-bangun dan pangku dia. Ada orang lain juga masuk tolong”- tulisny di ruangan komen.