Korang Masih Ingat Lagi Dgn Siti Rohayu yg Jaga Bekas Suami Lumpuh tu?Ini Berita Terbaru Beliau Akan Menikah Lagi Dengan Bukan Calang2 tu

Korang Masih Ingat Lagi Dgn Siti Rohayu yg Jaga Bekas Suami Lumpuh tu?Ini Berita Terbaru Beliau Akan Menikah Lagi Dengan Bukan Calang2 tu

Selepas hujan timbulnya pelangi, akan ada senyuman setelah tangisan. Demikianlah gambaran hidup Siti Rohayu atau Ayu, selepas berpisah dengan suami yang dijaga dari Iumpuh sehingga sembuh.

Bukan setakat urusan hidupnya semakin tenang, bahkan ada insan bertuah cepat-cepat masuk meminangnya pada bulan lepas. Umum tarikh nikah…sudi ajak followers hadir bagi memeriahkan majlis.

Semalam, ibu tunggal kepada 2 cahaya mata ini mendedahkan tarikh pernikahannya dengan calon suami bakal adalah pada 4 Mac nanti. la bakal dilangsungkan di kediamannya di Jerteh, Besut, Terengganu. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan diberi selama ini, Ayu turut berbesar hati menjemput pengikut di laman sosialnya untuk hadir ke majlis tersebut.

Terkejut 1 Malaysia nak datang…tak boleh nak jemput ramai, sebab buat dekat rumah je. Tak sampai tempoh 24 jam, usahawan kosmetik ini terkejut apabila ramai pihak dari seluruh tanah air berpusu-pusu menyertai group WhatsApp jemputan ke majlisnya.

Bimbang dapat jumlah jemputan di luar jangkaannya, justeru Ayu terpaksa mengehadkan jumlah memandangkan acara tersebut hanya berlangsung di kediamannya.

Orang baik ramai sayang, sama-sama ingin meraikan…yang dah masuk group jangan tak datang pula, kesian pengantin. Selain mendoakan agar majlis berjalan lancar, netizen turut beranggapan pernikahan Ayu dapat sambutan meriah kerana kisahnya telah jadi inspirasi ramai.

Dalam pada itu, mereka turut berpesan kepada mereka yang ada dalam group tersebut supaya jangan kecewakan pengantin dengan tidak hadir pula.

Sumber : klsahdunla

LihatTutupKomentar

HISTATS