“Hukumlah Aku Kerana Anakku Mungkir Janji” -Beri bayangan hampir bercerai.. Ibu Syamsul Yusof Luah kata2 buat Syamsul terkedu..
Ibu kepada pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkongsi luahan hatinya di media sosial tentang nasib yang menimpa menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Patimah dalam hantaran terbabit memohon maaf atas tindakan anaknya yang tidak mengotakan janji untuk menjaga Puteri Sarah.
Malah, Patimah bersedia menerima ‘hukuman’ atas tindakan anaknya memungkiri janji.
“Maafkan ku kerna berjanji, anakku akan menjagamu. Ketika diri mu mohon undur diri, hukumlah aku kerana anakku mungkir janji,” coretnya di Instagram Stories.
Terdahulu, Patimah mengulang siar hantaran di Instagram seorang pengguna media sosial ketika perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.
“Perkahwinan yang sempurna mendapat restu ibu bapa,” tulisnya.
Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah meniadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.
Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.