Bakal disman RM10 juta hanya sebab kakak dan adiknya memuat naik video manis pertemuan dengan ayah mereka ke TkTok, pendedahan Eriyca Baiduri a.k.a Madammu masih mengejutkan ramai.
Sudah terpisah sejak kecil, justeru dia terkilan mengapa pihak sana seakan mahu memutuskan hubungan antara seorang anak dan ayah kandung.
Itu semua jodoh, cuma tak payahlah putuskan hubungan ayah & anak..Makan-makan kejap je.
Kata Madammu, waktu itu dia tidak dapat ikut ke perjumpaan berkenaan (kerana tidak boleh travel jauh) dan hanya Thalia Baiduri serta Dayana Baiduri yang pergi.
Hanya bertemu kurang satu jam, mereka tidak faham mengapa pihak ibu tiri sampai bertindak mahu menghantar saman. You dah rampas Papa dari Mama I…Mereka berpisah because of you, tak payah deny.
Padahal selama ini, mereka 3 beradik sudah pasrah dengan takdir Allah apabila ayah mereka pergi ke dakapan wanita lain sejak usia masih kecil. Mendengar tindakan saman itu, Madammu sedia untuk fight semula jika itu yang dimahukan pihak ibu tirinya. Tambah usahawan ini, Papanya sendiri terkejut setelah mendengar kemelut saman terbabit.
Dia kata anak-anak dia tak suka, habis kami ni anak buluh betong ke? Namun Alhamdulillah, sengketa 2 pihak itu tidak melarat dengan lebih panjang. Ibu tirinya sudah pun meminta maaf dan menyifatkan dakwaan saman itu sebagai gurauan sahaja. Namun jika tetap ada tindakan lanjut, pihak Madammu sudah bersedia dengan peguam mereka.
Sumber : pnews