Arwh pesan suruh berhenti kerja dan jaga anak, Rupanya bkan biasa2 perkerjaa Hldayah dulu
Tempoh hari, kecoh dengan isu kedatangan balu Allahyarham Abam Bocey ke kediaman yang pernah didudukinya beberapa tahun lalu.
Bukan itu sahaja, kali ini Hidayah juga tak berdiam diri dan telah pun menggesa Ali Puteh untuk membayar dengan kadar segera jumlah saman sebanyak RM60,000 sesuai perintah mahkamah.
Ali Puteh cakap nak buat pembayaran secara ansuran guna duit sendiri. Walau bagaimanapun, tak lama selepas itu Ali Puteh keluarkan kenyataan untuk melakukan proses pembayaran saman berkenaan secara ansuran dengan menggunakan duitnya sendiri.
Hasrat tersebut juga sudah pun dimaklumkan kepada peguam yang akhirnya menyurahkan surat secara rasmi kepada pihak Dayah untuk pertimbangan. Hidayah tak setuju, tempoh yang diberi sudah cukup lama.
Akan tetapi Hidayah tetap tidak setuju dengan jawapan yang diberikan oleh adik iparnya itu untuk bayar secara ansuran. Jelas ibu tunggal kepada seorang anak tersebut, tempoh yang diberikan untuk menjelaskan nilai saman tersebut adalah sudah cukup lama.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga akui belum menerima sebarang surat daripada pihak sana untuk memaklumkan tentang kaedah pembayaran tersebut.
Lepas kahwin Allahyarham minta Hidayah berhenti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat juang Hidayah untuk pertahankan segala haknya.
Lebih menarik lagi ada yang sempat berpesan jangan main-main dengan wanita itu kerana pernah bekerja sebagai akauntan sebelum berkahwin dengan Abam. Namun ibu kepada Hamzah tersebut diminta untuk berhenti oleh Allahyarham bagi menjaga rumah tangga dan anak.
Nafkah lain, gaji lain. Dia nak bell apa dengan wang dia terpulanglah. Jika saya yang minta dia berhenti daripada kerjayanya sebagai akauntan, maka kena ganti balik seperti gaji dia perolehi setiap bulan seperti sebelum ini.
Sedikit petikan dari kata2 Arwh Abam yang di ambik pada tahun 2020.
Sumber :