Anak selamat jalani pmbedahan, Siti nurhaliza terpksa ambil keputusan ini demi Anak
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukur apabila anak perempuanya, Siti Aafiyah selamat menjalani terapi (Occuptional Therapy – OT) selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil.
Menerusi hantaran video di Instagram, Siti, 44, berkongsi momen sebelum Aafiyah di masukkan ke bilik terapi selain berterima kasih kepada pihak hospital dan doktor yang terlibat.
“Alhamdulillah, proses di Occupational Therapy (OT) berjalan dengan lancar. Terima kasih doktor pakar. lnsya-Allah Aafiyah segera sembuh.
“Video ini ayah (Datuk K) ambil sebelum Aafiyah masuk bilik OT, tengah memujuk Aafiyah,” kongsinya.
Terdahulu, Siti menerusi muat naik di Instagram Stories memaklumkan Aafiyah terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas terjatuh ketika bermain scooter.
- “Kepada lelaki2 selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak makslat’?
- “Kami Ada 3 Menantu Hebat, Cukuplah…” – Ibu Syamsul Yusof Bangga Puji 3 Menantu Hebat, Siap Senarai Nama, Seorang Lagi Tidak Tersenarai
- Saya Tanggung 3 Anak Dengan Jual Makanan – Bekas Isteri SM Faisal Kata Tak Cukup Nafkah RM6k Sebulan
“Malang tidak berbau, anak ibu (Aafiyah) jatuh scooter. Kena masuk OT. Doakan semoga Allah permudahkan,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, dia terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan susulan insiden tersebut.
“Minta maaf kepada client kerana saya terpaksa membatalkan persembahan saya di saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya. Doakan semoga semua dipermudahkan,” tambahnya.
Untuk info, rawatan terapi pekerjaan (OT) memberi tumpuan kepada membantu individu yang mempunyai kecacatan fizikal, deria atau kognitif supaya seboleh mungkin mereka dapat berdikari.
lni kerana menerusi OT, keperluan kemahiran seseorang dapat ditingkatkan dan sekali gus meningkatkan kayakinan serta pencapaian diri mereka.
Sumber : Gempak