“kepada keluarga saya terus terang.. Sudah ambil Keputusan… Keluarga Ira Kazar pon Layan baik..” Tak sangka Syamsul Akhirnya nekad Ambil Keputusan untuk…

Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah Liyana sudah berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah sambil ditemani dua cahaya matanya Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Malah, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin sempat berkongsi beberapa keping foto dia bersama keluarga dan beberapa rakan di lapangan terbang sebelum berlepas.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan wargamaya apabila kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Pun begitu, pada ruangan balas perkongsian yang sama, seorang wargamaya mendoakan pengarah filem Munafik itu agar terbuka hati untuk berangkat ke Makkah mengikut isteri dan anaknya.

“Syamsul pergi la menyusul isteri dan anak anak ke sana (Makkah). Stop sekejap kerja arah filem, pergi kejar anak bini dan minta petunjuk daripada Allah depan Kaabah,” kata individu tersebut.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah kemudian memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul yang mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 telah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4 tahun

PENGARAH dan pelakon popular, Syamsul Yusof akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikah wanita itu.

Jelas Syamsul menerusi akaun Instagram miliknya, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“Macam saya katakan, saya akan meletakkan titik noktah pada isu rumah tangga saya, yang tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial.

“Saya ingin maklumkan pada semua, alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand.

“ADA SEBAB IA DILANGSUNGKAN DI SINI BAGI MEMUDAHKAN BEBERAPA PERKARA. PERKAHWINAN INI JUGA SUDAH DIDAFTARKAN,” JELASNYA DALAM VIDEO BERDURASI 4 MINIT ITU.

Syamsul juga menegaskan, dia dan Ira baharu sahaja sah bergelar suami isteri pada hari ini dan enggan mengulas dakwaan bahawa dia sudah menikahi wanita itu lebih awal sebelum ini.

Tambah Suamsul, 39, dalam video sama, pelakon Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah dan turut meminta wanita itu pulang ke rumah untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

“KEPADA PUTERI SARAH, SAYA MENGHARAPKAN KEPULANGAN AWAK. PULANGLAH KE RUMAH AGAR KITA DAPAT BERBINCANG, BAWALAH ANAK-ANAK KITA BALIK.

“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu menghebahkan atau mengaibkan saya di media sosial. Saya masih suami awak.

“Sudah-sudahlah bawa anak ke sana ke mari tanpa meminta keizinan suami. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.


Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

“Kepada keluarga saya, terus-terang, saya tak mahu membelakangkan sesiapa sahaja. Apa yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat. Saya doakan yang terbaik.

“Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan dalam hidup,” jelas

LihatTutupKomentar

HISTATS